Sunday, 29 July 2012

ZAMAN KEGEMILANGAN TAMADUN


Kegemilangan Tamadun
Islam


ZAMAN RASULLULAH S.A.W
• Baginda berjuang dengan sungguh-sungguh, berdakwah untuk
mengajak manusia kepada Islam dengan dakwah fikiyyah,
dakwah siyasiyyah dan dakwah askariyyah.

Dakwah fikiyyah
• (intelektual) baginda memulai dakwahnya
dengan menyebarkan aqidah, pandangan hidup, pemikiran dan
pemahaman Islam secara menyerang segala bentuk pemikiran
kufur, pandangan hidup sesat serta menghancurkan semua bentuk
kepercayaan (tradisi) jahiliyah

Dakwah siyasiyyah
..(politikal) kerana di dalam dakwah ini
Baginda mengarahkan umat untuk
membentuk suatu kekuatan sebagai
pelindung dan pendukung agar Islam
menjadi rahmat dan tersebar ke seluruh
dunia.

Dakwah askariyyah
..(ketenteraan) adalah
dakwah yang dilancarkan melalui strategi
dan taktik dalam jihad fi sabilillah.

Dakwah
..Mekah
..Madinah


Dakwah Di Mekah
• Tahap Pertama adalah Tahap Pembinaan dan Pembentukan
manakala Tahap Kedua adalah Tahap Penyebaran Dakwah Secara
Terang-terangan dan Melakukan Perjuangan untuk membentuk
sebuah masyarakat yang baru (dari segi pemikiran dan perbuatan).
• Tahap Pembinaan dan Pembentukan
mengajak masyarakat untuk memeluk Islam dakwah dalam
bentuk ajaran per individu dari rumah ke rumah
• Tahap Penyebaran Dakwah Secara Terang-terangan
dan Melakukan Perjuangan
Dari aktiviti dakwah secara sembunyi,Rasullulah menyeru secara
langsung dan terbuka kepada masyarakat seluruhnya.
a) Dalam masalah aqidah
mengajak manusia untuk memikirkan kejadian alam semesta, agar
meninggalkan kepercayaan nenek moyang yang mereka warisi dan
amalkan dalam kehidupan mereka


b) Dalam Bidang Sosial,
Allah SWT berfirman:
“Apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran)
anak perempuan, merah padamlah mukanya dan dia sangat
marah. Dia menyembunyikan diri dari orang ramai kerana buruknya
berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya
dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya dalam
tanah. Ketahuilah, alangkah buruknya yang mereka tetapkan itu.”
[An Nahl: 58-59]
c) Dalam Bidang Ekonomi,
Allah SWT berfirman:
“Orang-orang yang menimbunkan emas dan perak serta tidak
menafkahkannya di jalan Allah, beritahukanlah kepada mereka
azab yang amat pedih.”
[At Taubah: 34]


Dakwah Di Madinah
1. Membangun Masjid
memerintahkan para sahabat membangun Masjid.
Rasulullah SAW menjadikan masjid tidak hanya sebagai tempat solat
melainkan juga sebagai tempat berkumpul, bermusyawarah, membina
ukhuwah dan aqidah Islam serta mengatiur berbagai persoalan kaum
muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka.
2. Membina Ukhuwah Islamiah
Aktiviti selanjutnya yang dilakukan Rasulullah SAW adalah
mempersaudarakan antara kaum Anshar dan Muhajirin
3. Menyusun Piagam Perjanjian
membuat perjanjian (piagam Madinah). Istilah sekarang disebut
Undang-Undang Dasar yang berfungsi sebagai suatu manhaj
(jalan atau strategi pengamanan) dalam mengatur atau membuat
batasan-batasan yang menyangkut interaksi antara kabilah-kabilah
Yahudi dan kaum muslimin.


Pemerintahan Khulafah Ar-Rasyidin
A)Saidina Abu Bakar As-Siddiq
menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat Al-Quran.
B) Saidina Umar ibni al-Khattab
empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia
dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi
(berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir,
Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine
(Rom Timur)
diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam
seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang
berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang
berjumlah 120,000


C) Saidina Uthman Bin Affan
keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus
menjadi sebahagian daripada empayar Islam
menghabiskan usaha pengumpulan Al Quran yang dimulakan oleh
Saidina Abu Bakar
D) Saidina Ali bin Abi Talib
menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan
Rafidhah yang menghasut para sahabat
Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah,
Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria
dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor
pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Kerajaan Bani Ummaiyah


Kegemilangan
..ketenteraan
..ekonomi
..pendidikan


• aspek ketenteraan
1.mengemaskini angkatan tentera mereka mengikut corak
gerakan tentera Parsi. Mereka dibahagikan kepada 5 pasukan iaitu
pasukan tengah, pasukan sayap kanan, pasukan sayap kiri,
pasukan hadapan dan pasukan barisan belakang.
2.peralatan perang yang moden
3. terdiri daripada pasukan berkuda, pasukan berkenderaan dan
pasukan jalan kaki
4. tentera turut dilatih untuk menghadapi perang di musim
sejuk dan panas


• Aspek pendidikan
1) Khalifah-khalifah Bani Umaiyah amat mengambil berat
perkembangan pendidikan.
2) kota Basrah telah dijadikan pusat penyebaran ilmu ketika itu
3) Arab telah dijadikan bahasa penghantar utama kerajaan Umaiyah
4) Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja
malah ilmu sejarah dan geografi turut ditekankan
5) kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat
dijalankan.

• Aspek ekonomi
1) banyak bergantung kepada pertanian dan perdagangan.
2) saliran air telah dibina bagi memajukan lagi kawasan pertanian serta
kajian dan penyelidikan dijalankan untuk memajukan sektor.
3) Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor
perdagangan
4) Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan
negara.







Kerajaan Bani Abbasiah
• kegemilangan Islam dalam aspek akidah, ilmu pengetahuan,
kebudayaan dan sistem kemasyarakatan
aspek akidah,
1) dapat dilihat kepercayaan masyarakat dunia pada masa
Itu berubah daripada kepercayaan menyembah berhala seperti majusi
yang menyembah api dan soibah yang menyembah sapi kepada
kepercayaan mengesakan Allah SWT.
2) Masyarakat tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan
perhambaan sesama manusia.
3) Banyak masjid telah dibina di merata tempat dan telah dijadikan tempat
berdakwah, menuntut ilmu dan tempat beribadat.
Aspek ilmu pengetahuan
1) menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti masjid dan
sekolah
untuk merealisasikan perkembangan ilmu pengetahuan.
2) ilmu-ilmu yang diterokai pada masa itu ialah ilmu al-quran, ilmu hadis,
ilmu nahu, geografi, matematik, falak, peribatan, fizik dan falsafah


Aspek kebudayaan
1) umat Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai islam yang
bersifat sejagat
2) sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan
Islam masih dikekalkan
Aspek kemasyarakatan
1) Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa
mengira
bangsa dan warna kulit.
2) Kerajaan Abbasiyah memberi peluang kepada orang bukan arab
khususnya orang Parsi untuk memegang jawatan utama dalam
negara.
3) Orang bukan islam juga mendapat layanan yang baik dan dapat
mengamalkan kepercayaan masing-masing.







No comments:

Post a Comment