Sunday 29 July 2012

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

BIDANG MATEMATIK

abu bakar hussein al-karkhi


..Menulis dalam bidang algebra, aritmetik dan
geometri.

al khawarizmi
..Bapa Algebra, merupakan seorang ahli matematik
dan astronomi.
↬ Banyak karya beliau yang terkenal di Barat,
antaranya :
i) Mufatih al-Ulum
ii) Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind
iii) Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah

al battani
..Ahli matematik Islam terbaik dan telah memperbaiki
trigonometri serta menghasilkan sifir kotangen yang
pertama.
↬ Berjaya menghitung waktu yang digunakan bumi untuk
mengelilingi matahari.


BIDANG ASTRONOMI

Banyak karya-karya para ilmuwan Islam tentang ilmu
astronomi telah diterjemahkan oleh beberapa individu
kepada bahasa lain seperti:
i) karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi
( diterjemah kepada bahasa Latin oleh of
Bath dan John of Siville).
ii) karya al-Battani ( diterjemahkan kepada bahasa Latin
oleh Alfonso X).
↬ Ibn al-Zarqiyali telah berjaya menentukan gerhana matahari
dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak
antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan
matahari.

BIDANG BOTANI
..Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku
tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan
sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon
buah-buahan.
↬ Ibn al-Baytaryang berasal dan Andalus telah menyusun
sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang
boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan
bahan galian.
- Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah

BIDANG FALSAFAH & PEMIKIRAN
..Falsafah Islam diasaskan atas kekuatan wahyu dan
akal.
⊜ Ahli falsafah Islam yang terkenal seperti Al-Kindi,
Al-Farabi, Ibnu Rusyd,Al-Ghazali, Ibnu Hazm, Ibnu
Maskawaih, dan Ibnu Sina.
⊜ Al-Farabi
↬ Menurut Al-Farabi, akal adalah satu gejala yang
mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan
roh.
Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang
lain seperti daya keinginan untuk hidup (survival instinct),
dalam pemeliharaan diri (self defence mechanism) dan
pengembangan zuriat (breeding mechanism).


Al-Kindi
↬ Tujuh perkara penting yang dibincangkan:-
a) Adanya Tuhan menyebabkan adanya alam.
b) Kegiatan Tuhan berkembang di antara langit dengan
bumi.
c) Jiwa bumi adalah daya penggerak Tuhan.
d) Jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya langit,
bintang dan planet-planet di angkasa lepas.
e) Jiwa manusia merupakan pancaran jiwa bumi.
f) Manusia bersifat dualism,kemerdekaan kekal dan
abadi hanya dapat dicapai dalam dunia akal budi
keamanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
g) Orang yang hendak mencapai kemerdekaan dan
kebebasan itu harus memperkembangkan kekuatan
akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan dan ilmu
tentang alam semesta.

BIDANG PERUBATAN

♂ Tamadun Islam telah memberi sumbangan terbesar
dalam bidang farmasi. Ia telah memperkenalkan
kaedah-kaedah rebusan,pendebuaan,basuhan,
campuran,larutan salap,penyulingan,kalsinasi,
pensublimatan untuk menyediakan ubat-ubatan.
♂ Tokoh Islam yang penting dalam bidang ini ialah :-
a) Ibnu Sina
↬ Merupakan pakar perubatan,sains,falsafah,muzik,
matematik,puisi dan kaji bintang.
↬ Menghasilkan karya Al –Qanun fi al – Tibb.
↬ Menemui gejala penyakit diabetes



b) Al-Zahrawi
↬ Antara sumbangan beliau dalam bidang ini ialah sebagai
seorang pengkaji alat-alat pembedahan.
↬ Menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian
dalaman badan seperti telinga.
↬ Orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan
yang dikenali sebagai hemophilia dan menjadi orang
yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai
hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu
yang berselirat.










ZAMAN KEGEMILANGAN TAMADUN


Kegemilangan Tamadun
Islam


ZAMAN RASULLULAH S.A.W
• Baginda berjuang dengan sungguh-sungguh, berdakwah untuk
mengajak manusia kepada Islam dengan dakwah fikiyyah,
dakwah siyasiyyah dan dakwah askariyyah.

Dakwah fikiyyah
• (intelektual) baginda memulai dakwahnya
dengan menyebarkan aqidah, pandangan hidup, pemikiran dan
pemahaman Islam secara menyerang segala bentuk pemikiran
kufur, pandangan hidup sesat serta menghancurkan semua bentuk
kepercayaan (tradisi) jahiliyah

Dakwah siyasiyyah
..(politikal) kerana di dalam dakwah ini
Baginda mengarahkan umat untuk
membentuk suatu kekuatan sebagai
pelindung dan pendukung agar Islam
menjadi rahmat dan tersebar ke seluruh
dunia.

Dakwah askariyyah
..(ketenteraan) adalah
dakwah yang dilancarkan melalui strategi
dan taktik dalam jihad fi sabilillah.

Dakwah
..Mekah
..Madinah


Dakwah Di Mekah
• Tahap Pertama adalah Tahap Pembinaan dan Pembentukan
manakala Tahap Kedua adalah Tahap Penyebaran Dakwah Secara
Terang-terangan dan Melakukan Perjuangan untuk membentuk
sebuah masyarakat yang baru (dari segi pemikiran dan perbuatan).
• Tahap Pembinaan dan Pembentukan
mengajak masyarakat untuk memeluk Islam dakwah dalam
bentuk ajaran per individu dari rumah ke rumah
• Tahap Penyebaran Dakwah Secara Terang-terangan
dan Melakukan Perjuangan
Dari aktiviti dakwah secara sembunyi,Rasullulah menyeru secara
langsung dan terbuka kepada masyarakat seluruhnya.
a) Dalam masalah aqidah
mengajak manusia untuk memikirkan kejadian alam semesta, agar
meninggalkan kepercayaan nenek moyang yang mereka warisi dan
amalkan dalam kehidupan mereka


b) Dalam Bidang Sosial,
Allah SWT berfirman:
“Apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran)
anak perempuan, merah padamlah mukanya dan dia sangat
marah. Dia menyembunyikan diri dari orang ramai kerana buruknya
berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya
dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya dalam
tanah. Ketahuilah, alangkah buruknya yang mereka tetapkan itu.”
[An Nahl: 58-59]
c) Dalam Bidang Ekonomi,
Allah SWT berfirman:
“Orang-orang yang menimbunkan emas dan perak serta tidak
menafkahkannya di jalan Allah, beritahukanlah kepada mereka
azab yang amat pedih.”
[At Taubah: 34]


Dakwah Di Madinah
1. Membangun Masjid
memerintahkan para sahabat membangun Masjid.
Rasulullah SAW menjadikan masjid tidak hanya sebagai tempat solat
melainkan juga sebagai tempat berkumpul, bermusyawarah, membina
ukhuwah dan aqidah Islam serta mengatiur berbagai persoalan kaum
muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka.
2. Membina Ukhuwah Islamiah
Aktiviti selanjutnya yang dilakukan Rasulullah SAW adalah
mempersaudarakan antara kaum Anshar dan Muhajirin
3. Menyusun Piagam Perjanjian
membuat perjanjian (piagam Madinah). Istilah sekarang disebut
Undang-Undang Dasar yang berfungsi sebagai suatu manhaj
(jalan atau strategi pengamanan) dalam mengatur atau membuat
batasan-batasan yang menyangkut interaksi antara kabilah-kabilah
Yahudi dan kaum muslimin.


Pemerintahan Khulafah Ar-Rasyidin
A)Saidina Abu Bakar As-Siddiq
menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat Al-Quran.
B) Saidina Umar ibni al-Khattab
empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia
dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi
(berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir,
Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine
(Rom Timur)
diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam
seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang
berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang
berjumlah 120,000


C) Saidina Uthman Bin Affan
keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus
menjadi sebahagian daripada empayar Islam
menghabiskan usaha pengumpulan Al Quran yang dimulakan oleh
Saidina Abu Bakar
D) Saidina Ali bin Abi Talib
menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan
Rafidhah yang menghasut para sahabat
Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah,
Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria
dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor
pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Kerajaan Bani Ummaiyah


Kegemilangan
..ketenteraan
..ekonomi
..pendidikan


• aspek ketenteraan
1.mengemaskini angkatan tentera mereka mengikut corak
gerakan tentera Parsi. Mereka dibahagikan kepada 5 pasukan iaitu
pasukan tengah, pasukan sayap kanan, pasukan sayap kiri,
pasukan hadapan dan pasukan barisan belakang.
2.peralatan perang yang moden
3. terdiri daripada pasukan berkuda, pasukan berkenderaan dan
pasukan jalan kaki
4. tentera turut dilatih untuk menghadapi perang di musim
sejuk dan panas


• Aspek pendidikan
1) Khalifah-khalifah Bani Umaiyah amat mengambil berat
perkembangan pendidikan.
2) kota Basrah telah dijadikan pusat penyebaran ilmu ketika itu
3) Arab telah dijadikan bahasa penghantar utama kerajaan Umaiyah
4) Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja
malah ilmu sejarah dan geografi turut ditekankan
5) kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat
dijalankan.

• Aspek ekonomi
1) banyak bergantung kepada pertanian dan perdagangan.
2) saliran air telah dibina bagi memajukan lagi kawasan pertanian serta
kajian dan penyelidikan dijalankan untuk memajukan sektor.
3) Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor
perdagangan
4) Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan
negara.







Kerajaan Bani Abbasiah
• kegemilangan Islam dalam aspek akidah, ilmu pengetahuan,
kebudayaan dan sistem kemasyarakatan
aspek akidah,
1) dapat dilihat kepercayaan masyarakat dunia pada masa
Itu berubah daripada kepercayaan menyembah berhala seperti majusi
yang menyembah api dan soibah yang menyembah sapi kepada
kepercayaan mengesakan Allah SWT.
2) Masyarakat tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan
perhambaan sesama manusia.
3) Banyak masjid telah dibina di merata tempat dan telah dijadikan tempat
berdakwah, menuntut ilmu dan tempat beribadat.
Aspek ilmu pengetahuan
1) menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti masjid dan
sekolah
untuk merealisasikan perkembangan ilmu pengetahuan.
2) ilmu-ilmu yang diterokai pada masa itu ialah ilmu al-quran, ilmu hadis,
ilmu nahu, geografi, matematik, falak, peribatan, fizik dan falsafah


Aspek kebudayaan
1) umat Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai islam yang
bersifat sejagat
2) sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan
Islam masih dikekalkan
Aspek kemasyarakatan
1) Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa
mengira
bangsa dan warna kulit.
2) Kerajaan Abbasiyah memberi peluang kepada orang bukan arab
khususnya orang Parsi untuk memegang jawatan utama dalam
negara.
3) Orang bukan islam juga mendapat layanan yang baik dan dapat
mengamalkan kepercayaan masing-masing.







Prinsip Asas Tamadun Islam




SOSIOEKONOMI
• Prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani
kehidupan seharian dengan lebih sistematik – berdasarkan
pengertian ‘badarah’ yang bermaksud kehidupan manusia
yang menetap
• Menurut Wan Abdul Rahman Latif :
Kehidupan secara sistematik dapat menggerakkan
pertumbuhan ekonomi sehingga membawa
perubahan kepada bilangan penduduk, sistem sosial,
pengkgususan kerja dan sebagainya.


INTERAKSI MANUSIA DAN ALAM
• Kehidupan manusia dengan diri sendiri tidak akan sempurna
tanpa penglibatan manusia lain.Paling minimum manusia
memerlukan ibu dan bapa, atau seorang teman.
• Interaksi dengan alam harus dibudayakan secara kolektif
kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar untuk
dinisbahkan kepada sesebuah masyarakat.
• Pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha dan
pengalaman yang terhasil daripada interaksi manusia dengan
alam membawa manusia memahami kejadian alam
seterusnya membawa kepada kelahiran tamadun


DAYA KREATIVITI MANUSIA
• Sebagai contoh, manusia melihat tindak-tanduk haiwan di
sekelilingnya mengurus kehidupan seperti mencari makanan,
mencari tempat perlindungan membolehkan manusia berfikir
untuk membuat perkara yang sama dengan lebih sistematik
dan kreatif.
• Hakikatnya, manusia dibekalkan dengan akal fikiran dan
pancaindera untuk berfikir dan mencari penyelesaian
daripada maklumat yang diperolehPengalaman manusia
berinteraksi dengan alam mengajarnya menjadi kreatif



PERSAINGAN MANUSIA
• Antara faktor yang mempengaruhi kehendak manusia ialah
peningkatan usia, perubahan psikologi dan perubahan cara hidup.
• Dalam memenuhi kehendaknya, manusia perlu berdepan dengan
dua batasan :
1) keupayaan diri yang dimiliki
2) sumber yang diperlukan
• Faktor ini menyebabkan manusia terpaksa bersaing – membawa
kepada perkembangan yang positif.
• PEMINJAMAN KEPAKARAN
• Kerana memiliki keupayaan diri, manusia memerlukan
pertukaran bantuan dan kerjasama.
• Sebagai contoh peminjaman perkataan ‘tamadun’ daripada
bahasa Arab kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam
bahasa dan pemikiran orang Melayu.
• Berdasarkan pandangan Ibn Khaldun, manusia secara
semulajadi dilahirkan dengan sifat madani..Perkongsian idea dan
kepakaran dapat menjimatkan tenaga, jarak dan masa.
Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak dinafikan dapat
membawa kepada ancaman dan pertembungan akibat daripada
perbezaan yang sukar untuk disatukan.


SUMBER TAMADUN ISLAM
♥ AL-QURAN
• Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
• sumber utama- sebagai pengantara amanah yang diberikan Allah
untuk manusia.
• Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisahkisah
tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya.
• Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan
Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya.
• Nama-nama Al-Quran yang membuktikan kemukjizatannya :
1) Al-Kitab
2) Al-Furqan
3) Al-Zikr
4) Al-Tanzil
5) Al-Mushaf


IJMA’
• Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi
Muhammad SAW selepas kewafatan baginda.
• Menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran dan
Al-Hadis.
• Contoh dalil :
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan
lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)
♥ QIYAS
• Menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain
kerana persamaan kedua-keduanya dari segi ‘illah.
• Dalil :
“Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang
yang mempunyai pandangan.” (Al-Hasyr : 2)


KANDUNGAN TAMADUN ISLAM
Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun
sekurang-kurangnya terdiri daripada 6 ciri asas iaitu:
a) mempunyai kehidupan dibandar
b) mempunyai pemerintahan dan kerajaan
c) mempunyai bahasa dan tulisan
d) mempunyai sistem perundangan
e) mempunyai agama dan sistem kepercayaan
f) mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan














Definisi


TAMADUN ISLAM



Memperkatakan tentang tamadun dan ketamadunan
membuka ruang kepada beberapa persoalan asas iaitu :



DEFINISI TAMADUN



DEFINISI TAMADUN ISLAM

DEFINISI MELALUI BAHASA:

♥ Bahasa Arab
1. badarah dikaitkan dengan kehidupan berpindah –
randah di pedalaman yang jauh daripada kemajuan,serta lebih
banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan abgi memenuhi
keperluan hidup
2. Umran adalah terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti
‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal
menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya
dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari
keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa
3. Hadarat membawa erti ‘suatu wilayah, daerah atau bahagian dari
ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan
dari kawasan yang didiami’
4. maddana dan madana yang bermaksud membangunkan
kawasan (material) dan akhlak (kerohanian).



♥ Bahasa Inggeris
1. civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti
‘bandar’.
♥ Bahasa Melayu
1. peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia
yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lainlain),
negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran,
budaya atau cara hidup orang-orang ( negara, kawasan,
atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan
moral yang halus). Kamus Dewan (Edisi Ketiga), 1994.
Kuala Lumpur: DBP.
2. kebudayaan diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan
dengan budi dan akal manusia


DEFINISI TAMADUN MENGIKUT :
PERSPEKTIF ISLAM
Ibn Khaldun
Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah
memperkenalkan dua terminology al – umran dan al – hadarah
dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan
manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau
wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,
kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.
Abu Nasir al – Farabi
Telah memperkenalkan istilah al – madaniah dalam abad ke –
11 Masihi dalam kitabnya as – Siyasah al – Madaniah.
Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu
sebuah Negara Islam yang pertama yang diasaskan oleh
Rasuulah s.a.w. Madaniah yang digambarkan oleh Farabi ialah
pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu
akidah, syarak dan akhlak.


PERSPEKTIF BARAT
1. E.B Taylor
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek –
aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai – nilai moral,
perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh
masyarakat
2. Arnold Toynbee
Tamadun ialah suatu sistem yang dapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai
empat elemen, iaitu bahan – bahan ekonomi, system politik,
pengetahuan dan seni.
3. J.K Fiebleman
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh
masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas
material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu
keperluan.









Tamadun Islam


PENGENALAN

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia
yang terunggul di dunia. Kehebatan tamadun Islam telah mengubah
arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat
hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam
telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam
lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa
membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih
mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik
(kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar