Sunday, 29 July 2012

Prinsip Asas Tamadun Islam




SOSIOEKONOMI
• Prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani
kehidupan seharian dengan lebih sistematik – berdasarkan
pengertian ‘badarah’ yang bermaksud kehidupan manusia
yang menetap
• Menurut Wan Abdul Rahman Latif :
Kehidupan secara sistematik dapat menggerakkan
pertumbuhan ekonomi sehingga membawa
perubahan kepada bilangan penduduk, sistem sosial,
pengkgususan kerja dan sebagainya.


INTERAKSI MANUSIA DAN ALAM
• Kehidupan manusia dengan diri sendiri tidak akan sempurna
tanpa penglibatan manusia lain.Paling minimum manusia
memerlukan ibu dan bapa, atau seorang teman.
• Interaksi dengan alam harus dibudayakan secara kolektif
kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar untuk
dinisbahkan kepada sesebuah masyarakat.
• Pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha dan
pengalaman yang terhasil daripada interaksi manusia dengan
alam membawa manusia memahami kejadian alam
seterusnya membawa kepada kelahiran tamadun


DAYA KREATIVITI MANUSIA
• Sebagai contoh, manusia melihat tindak-tanduk haiwan di
sekelilingnya mengurus kehidupan seperti mencari makanan,
mencari tempat perlindungan membolehkan manusia berfikir
untuk membuat perkara yang sama dengan lebih sistematik
dan kreatif.
• Hakikatnya, manusia dibekalkan dengan akal fikiran dan
pancaindera untuk berfikir dan mencari penyelesaian
daripada maklumat yang diperolehPengalaman manusia
berinteraksi dengan alam mengajarnya menjadi kreatif



PERSAINGAN MANUSIA
• Antara faktor yang mempengaruhi kehendak manusia ialah
peningkatan usia, perubahan psikologi dan perubahan cara hidup.
• Dalam memenuhi kehendaknya, manusia perlu berdepan dengan
dua batasan :
1) keupayaan diri yang dimiliki
2) sumber yang diperlukan
• Faktor ini menyebabkan manusia terpaksa bersaing – membawa
kepada perkembangan yang positif.
• PEMINJAMAN KEPAKARAN
• Kerana memiliki keupayaan diri, manusia memerlukan
pertukaran bantuan dan kerjasama.
• Sebagai contoh peminjaman perkataan ‘tamadun’ daripada
bahasa Arab kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam
bahasa dan pemikiran orang Melayu.
• Berdasarkan pandangan Ibn Khaldun, manusia secara
semulajadi dilahirkan dengan sifat madani..Perkongsian idea dan
kepakaran dapat menjimatkan tenaga, jarak dan masa.
Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak dinafikan dapat
membawa kepada ancaman dan pertembungan akibat daripada
perbezaan yang sukar untuk disatukan.


SUMBER TAMADUN ISLAM
♥ AL-QURAN
• Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
• sumber utama- sebagai pengantara amanah yang diberikan Allah
untuk manusia.
• Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisahkisah
tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya.
• Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan
Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya.
• Nama-nama Al-Quran yang membuktikan kemukjizatannya :
1) Al-Kitab
2) Al-Furqan
3) Al-Zikr
4) Al-Tanzil
5) Al-Mushaf


IJMA’
• Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi
Muhammad SAW selepas kewafatan baginda.
• Menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran dan
Al-Hadis.
• Contoh dalil :
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan
lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)
♥ QIYAS
• Menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain
kerana persamaan kedua-keduanya dari segi ‘illah.
• Dalil :
“Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang
yang mempunyai pandangan.” (Al-Hasyr : 2)


KANDUNGAN TAMADUN ISLAM
Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun
sekurang-kurangnya terdiri daripada 6 ciri asas iaitu:
a) mempunyai kehidupan dibandar
b) mempunyai pemerintahan dan kerajaan
c) mempunyai bahasa dan tulisan
d) mempunyai sistem perundangan
e) mempunyai agama dan sistem kepercayaan
f) mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan














No comments:

Post a Comment